Susah jugak nak cari masa untuk menulis skrg ni, ada jer kerja2 harian perlu diuruskan dulu tp sebelum tu aku just nak share dgn korang semua, hari ni adalah hari ke 72 aku stop merokok…bangga tu adalah sikit tp masih usaha lg ni. Dah lama niat tu ada tp susah jugak nak hilangkan kalau sudah jadi tabiat kan? Pastu skrg ni aku setkan 2-3 kali seminggu aku mesti turun ke swimming pool bawah rumah aku untuk gi swimming, kasi badan eksesais sbb jarang nak eksesais ni….tp dah stop merokok ni kurang ler sikit semput kalau gi swimming pastu leh asahkan skill swimming….ekekekekeke.
So berbalik kita pasal trip aku ke Krabi, hari ketiga aku ngan wife biasa la kan mmg tak bekfes kat hotel nyer. Kitaorg amik Hafeesyam pastu pusing2 cari tempat makan, akhirnya jumpa 1 kedai dekat jer kat hotel kitaorg….kedai biasa jer tp diyakini halal ok!.. kitaorg mkn nasi minyak yg digaulkan dgn daging..sedapnyer sampai semua tak sempat nak amik gambar…ahahahaha… tp rempahnya pedas…kedai ni dekat jer dgn Masjid dan Sunda Resort dan disebelah kedai runcit kat korner depan Masjid.
Lepas makan seperti biasa balik ke hotel untuk tunggu staf phi phi island tour tu pick-up kitaorg dan akhirnya kitaorg dibawa ke pantai Ao-nang sekali lagi.
Mamat tour guide kitaorg yg baju merah tu…. kena daftar dulu yer….ekekekeke
Kitaorg naik bot besar tuu (yg belah kiri tu..) 5 engin ooooo…..
Pagi tu sebelum naik bot, cuaca ok jer tapi biler bot tu sudah meredah lautan luas…cuaca pun bertukar jadi gelap…alamak!! spoil laa… naik speed bot ke Phi Phi Island amik masa 45 minit bergantung kepada cuaca tp ni cuaca kurang cantik pastu dgn ombak kuat so lagi lambat la kot.
Dah ujan dah tu kat kawasan situ…
Tgk awan kat belakang tuu…dah mula hitam dah…kat setengah tempat dah ujan dah…boleh nampak dari bot..
Tempat pertama yang kitaorg singgah ialah Bamboo Island, singgah kat sini lebih kurang 1 jam tp aku tak jumpa pun pokok buloh…ahahaha..sekali mamat tour guide tu ckp dulu mmg ada pokok buloh tp skrg semua dah pupus dah…ekekeke…ujan pun dah mula turun renyai2. Kat sini kitaorg pusing2 kat tepi pantai jer sambil amik gambar sambil bersantai.
Sama tp tak serupa….hihihihi..
Lepas Bamboo Island kitaorg pergi ke Viking Cave (untuk amik gambar jer, tak leh masuk pon..maleh ler aku nak amik gambar sbb takde yg menarik pon) dan Maya Bay (tempat filem “The Beach” lakonan Leonardo Dicaprio) tp kitaorg tgk dari atas bot jer sbb ramai sgt org kat pantai Maya Bay tuu tp serius mmg cantik ler pantai nyer. Stop 5 minit jap utk tgk view Maya Bay pastu kitaorg terus ke Pi Leh Bay. Pi Leh Bay ni adalah sebuah lagoon yang dikelilingi oleh pulau atau bukit2 kecik, pastu permandangan dan air laut nyer cantik jer…cam kristal berwarna hijau muda…. Apa lagi!..jom tengok gambar …..
Stop kat Phi Leh Bay dalam 10-20 minit jer pastu kitaorg meredah lautan luas untuk ke Monkey Beach pulak. Monkey Beach ni untuk bagi makan kat monyet2 jer…kalau korang pernah pergi ke Mangrove Tour Langkawi atau naik bot di Melaka tuu…haaa..sama cam gitu ler..monyet Malaysia ngan Thailand sama jer aku tgk..takde beza pon so maleh ler aku nak amik gambar. Kitaorg stop kat situ jugak untuk snorkling, Hafeesyam pun apa lg, keluarkan underwater casing utk Dslr dier… kat sini takde gambar la kan sbb semua turun snorkling tp serius arus air laut nyer kuat..nak snorkling pun rasa letih jer…sbb letih nak berenang balik ke bot. Aku turun snokling dalam 15 minit pastu aku naik atas bot, lepas aku naik jer ramai pulak yg naik, rupa-rupanya ada byk jellyfish…berbirat2 aku tgk badan mat dan minah salleh tuu…ahahahahaha…tp aku, wife ngan Hafeesyam takde lak kena jellyfish…..ekekekekekeke. biler semua dah naik atas bot kitaorg terus menuju ke Phi Phi Don untuk stop for lunch. Sepanjang dalam bot mmg rasa menakutkan sket, ombak kuat betul sbb hari ujan kot…sampai bot yg besar tu pon senget mcm nak terbalik…mau nyer tak takut..ahahahaha..pastu mamat tour guide tu cakap tinggi ombak biasanya 2-3 meter….perghhhhhhhhhh…..gerun siot……..
Lepas perut dah kenyang kitaorg pun pusing2 sekitar phi phi don island lagipun kat sini kitaorg stop untuk 2 jam. Phi Phi Don aku rasa tempat yg best dalam trip Phi Phi Island ni sbb kat sini ada kedai makan, hotel pastu byk kedai-kedai utk shopping. Aku rasa sepatutnya Phi Phi Don ni kena stop dalam setengah hari baru boleh pusing2 setiap kedai yg ada kat situ. Aku rasa tak puas stop kat Phi Phi Don ni sbb byk lg tempat yg tak sempat nak singgah, Hafeesyam terlampau leka pusing2, sib baik tak kena tinggal ngan bot….sib baik aku suh mamat tour guide tu tunggu…ahahahahaha.. jom tengok gambar pulak…
Phi Phi Don yg paling best sepanjang trip ni tp tu la sekejap sgt stop kat sini, biler semua dah ada atas bot kitaorg terus ke stop yg terakhir iaitu Lohsamah Bay untuk snorkling sahaja. Aku maleh nak turun snokling tp wife aku ngan Hafeesyam semangat nak turun snokling so aku amik gambar drg dr atas bot jer…….
Kat sini pun dalam lebih kurang 45 minit kot, pastu kitaorg balik semula ke Ao-nang… pun amik masa 1 jam la jugak sbb hari ujan pastu dgn enjin bot asik problem jer…risau gak semua org dlm bot tuuu…ahahahaha… tp semua selamat sampai ke Ao-nang. Sampai kat hotel, mcm biasa Hafeesyam bawak balik kereta sewa pastu aku gi swimming kat pool dulu sebelum balik ke bilik.
Sebelah malam pulak kitaorg mau gi Krabi Night Market tp yg tu aku kena sambung entri lagi 1 sbb dah panjang sgt entri ni…ekekekeke… tunggu yer sambungannya…cam series berepisod pulak… next entri aku cerita pasal Krabi Night Market.
Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu…………
kob kun cup……
p.s: Gambar semua terpaksa gunakan kualiti yg rendah yer untuk menpercepatkan page loading, nanti korang tunggu lama lak. Gambar mmg byk tp aku x dpt nak masukkan semua…ekekekeke.
