Salam,
Masih belum abis lg cerita pasal Krabi yer, entri ini adalah sambungan daripada entri hari ketiga di Krabi dan terima kasih juga kepada pembaca blog ini kerana sudi meluangkan masa untuk membaca diari photography ni. Mmg dah lama rasanya aku x aktif blogging tp semenjak aku setupkan blog www.vitamin4kesihatan.com wife, terasa semangat nak berblogging tu datang kembali. So saper2 yg rajin tu, sila la layari blog wife aku yer…support kawan2 la sikit… semua mengenai kesihatan dan aku pun skrg ni mula makan vitamin tambahan dan mula jaga pemakanan walaupun sdg mencuba sedaya upaya ni…..fast food pun dah kurang makan, kebanyakkan masak sendiri & smoking pun dah stop skrg. Mudah-mudahan dapat diamalkan secara berterusan.
So skrg ni, biar aku sambung balik cerita pasal Krabi…selepas kitaorg selesai trip ke Phi Phi Island dan pulang ke hotel, malam tu kitaorg keluar cepat sket sbb nak ke bandar Krabi. Malam ni mau gi Krabi Night Market, dengar review mcm best dan syok jer kan so kitaorg pun nak survey ler camner kan…mcm pasar malam biasa ker?… On the way tu, kitaorg stop kat tepi pantai Ao-nang tu sbb nampak permandangan yg cantik… klu korang nak tau! jom tgk gambar dibawah:
Selepas puas amik gambar sunset, kitaorg pon terus menuju ke bandar Krabi…Hafeesyam jadi driver mlm ni so aku jadi co-driver jer sambil belek2 kamera dan terus dpt idea dan hasilnya jadi ler gambar dibawah…..ahahahahaha..
Test slow shutter speed sambil kereta sedang bergerak…. light trail…
Dari Ao-nang ke bandar Krabi aku rasa dalam 30 minit jer, biler sampai jer dah rasa cam happening dah…mmg penuh dengan orang..nak cari parking pun susah.. tp aku rasa pasar malam jln TAR lg panjang kot….ekekeke.. lebih kurang mcm pasar malam + uptown rasanya. 1 yg aku rasa unik dan menarik kat Krabi Night Market ni ialah kebanyakkan produk yg dijual merupakan hasil seni dan buatan tangan penjual sendiri. Ada 1 part tu dah rasa cam kat Central Market lak….ekekekeke..menarik jugak la pastu dari segi makanan pulak macam2 ada jual kat sini…kebanyakkannya yg tiada di Malaysia tetapi kita mesti hati-hati yer pilih makanan sbb gerai-gerai dorang ni bercampur jugak yer dgn gerai yg x halal. Tgk muka mcm melayu, makanan nampak sedap jer tapi biler tgk dekat2, rupa-rupanya “Pork Sosej”……ahahahahahaha….sib baik Hafeesyam x beli…hihihihi.. So klu korang nak tau gerai tu halal ker tak, mcm yg aku dah terangkan pada entri hari pertama tuu…cari kedai yg ada gambar bulan dan bintang tp kebanyakkannya dah letak tanda halal kat papan tanda gerai drg. Krabi Night Market ni aku rasa dah mcm kat Malaysia jer sbb mana2 kitaorg pergi mesti ada org Malaysia. Kitaorg singgah beli baju dan beli cenderahati utk kawan2…aku beli fridge-magnet jer utk budak2 opis. Jom tgk gambar pulak lah…….
Hasil seni gak ni…seni kuku…ekekeke.
Jarang tgk org2 camni kat pasar malam kita kan…biasa kat Bukit Bintang jer…
Fried Ice-cream tp tak guna api yer…dier masukkan air ice-cream tu kat dalam kuali pastu dier gaul2 (mcm mengoreng la)…lama2 air td beku jadi ice-cream…. kat Malaysia takde camni kan cuma ada ice-cream goreng jer yg goreng dlm kuali panas…ekekekeke..
Live Band kanak-kanak main alat muzik tradisional…layan gak…mendengar sambil menderma yer…
Wife aku tgh tunggu Pad-Thai dier siap…..
Kat tgh2 pasar malam tu drg sediakan tempat makan pastu kat depan ada pentas org menyanyi…. makan sambil berhibur kot..ahahahaha..
Spicy Chicken…wife aku suka betul ni….pedas rasa byk rempah jer… KFC nak tiru ni kot?…ahahaha…
Mai pilih…mai pilih… satay…satay…
Lepas dah makan ngan beli cenderahati, kitaorg pun chow balik hotel masing-masing..tapi sebelum tu kitaorg singgah lagi kat Ao-nang untuk massage kali kedua…kalau dtg Krabi x gi massage mmg rugi ler….. kereta sewa Hafeesyam bawak balik, esok pagi2 dier kena amik kitaorg. Sampai kat bilik, aku ngan wife dah letih dah pastu beg belum pack lagi…ni laa saat paling maleh….ahahahaha..aku siapkan beg kamera aku dulu pastu drypack pun kasi basuh dan jemur pastu kitaorg ZZzzzzzzzzzzzzzzz……………………………….
Esoknya kitaorg bangun kul 4 pagi, pas mandi terus kemas beg…main sumbat jer janji beg boleh tutup…ahahahahaha… risau lak takut Hafeesyam lom bangun lg, kang lambat lak nak ke Airport sbb flight kitaorg pukul 7 pagi (Waktu Thai). Biler dah konfiden semua barang2 dah pack terus gi lobi hotel, check out pastu terus tunggu Hafeesyam. Nasib baik laa kitaorg ingat jalan nak ke Airport disamping tgk signboard gambar kapalterbang kan…ekekekeke.. sampai Airport terus gi pulangkan kunci kereta cuma masukkan kunci dlm kotak yg disediakan sbb kaunter kereta sewa tu tak bukak lg pon. Terus ke kaunter Airasia check-in dan terus ke imigresen untuk cop pasport.
Akhirnya kitaorg cuma perlu tunggu kapalterbang sampai jer………….
Ngantuk ler konon2nya tuuuu…..
Kapalterbang lak sampai on time, terus boarding tanpa sebarang problem dan terus terbang di awan dan langit yg biru menuju ke Tanahair Malaysia. Sampai kat LCCT kul 10 pagi, abg ipar dah tunggu kitaorg kat airport dan terus kitaorg balik ke Taman Bukit Pelangi. Sampai kat rumah aku, Hafeesyam terus ajak tgk Ironman 3 kat Citta Mall….aku on jer tp wife duk rumah sbb dier dah letih…….
So itu ler kisah trip kitaorg ke Krabi, mmg seronok sbb biler disana rasa tenang dan enjoy jer…xde nak pikir2 pasal keje atau apa2 di Malaysia. Kat sana aku rasa life very simple dan aku rasa cam nak berhenti kerja pastu cari kerja kat pulau2…pulau perhentian ker? pulau tioman ker? pulau redang ker?….hari-hari leh tgk permandangan laut…hari-hari leh snokling…..tak payah nak pakai baju kemeja ngan seluar slack nak gi opis.
Saper-saper yang nak gi vacation tu atau yang suka pulau dan laut, Krabi adalah tempat yang wajib pergi……..
kob kun cup……
p.s: Gambar semua terpaksa gunakan kualiti yg rendah yer untuk menpercepatkan page loading, nanti korang tunggu lama lak. Gambar mmg byk tp aku x dpt nak masukkan semua…ekekekeke.
