Assalamualaikum dan Salam Mesra,
UEM Charity Run 2016 ataupun Larian Amal UEM 2016 telah diadakan di Persada Plus, Subang Jaya pada 13 Mac 2016 yang lalu. Acara larian amal ini adalah anjuran United Engineers Malaysia Berhad (UEM) bersempena ulangtahunnyaΒ yang ke 50 dan hasil kutipan amal daripada acara ini akan diagihkan kepada beberapa badan-bahan kebajikan seperti Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Yayasan Tuanku Syed Putra, Yayasan IJN, Persatuan Orang Buta Malaysia dan juga Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia. Disamping larian amal, pihak penganjur juga mengambil inisiatif untuk menganjurkan karnival yang terbuka kepada peserta atau orang ramai yang hadir di Persada Plus.
Buat julung kalinya, Lebuhraya NKVE (New Klang Valley Expressway) telah ditutup sementara bermula daripada laluan Shah Alam hingga ke Bukit Lanjan di kedua-dua arah bagi memberi peluang kepada para peserta untuk berlari. Hanya empat (4) kategori yang ditawarkan bagi larian ini iaitu 21km, 12km, 6km dan juga 3km (Fun Run).
Aku pun tidak melepaskan peluang untuk mendaftar bagi kategori 21km (Half Marathon) dan merasai sendiri pengalaman berlari di lebuhraya NKVE. Kemungkinan ini adalah kali pertama atau kali terakhir lebuhraya NKVE dibuka untuk larian. Larian amal ini telah bermula dan berakhir di Plaza Tol Subang. Para peserta bagi kategori 21km telah dilepaskan terlebih dahulu pada pukul 5 pagi dan diikuti dengan kategori seterusnya. Laluan larian adalah keseluruhannya di atas lebuhraya NKVE yang bermula dari Plaza Tol Subang dan melalui beberapa pusingan U serta laluan berbukit di Bukit Lanjan yang memang agak mencabar sebelum kembali semula ke Plaza Tol Subang.
Jom layan gambar……… π
#Redbullrunner spotted!… π Sumber gambar: ActionPix
Selfie di tengah-tengah lebuhraya NKVE.
Jom berlari terus ke Johor Bahru…hahahahahaha… π
Arghhh!!!!…. Ini namanya keletihan melampau…hihihihihihi… π
Di kilometer ke 18 menuju ke Persada Plus. Sumber gambar: Running Kaki Malaysia
Wife tunggu aku di kilometer ke 18. Selfie dulu sebelum berlari semula. π
Yeahhh!!!!… satu lagi medal half marathon.
Finisher 21km UEM
Bersama Bro. Khairunnizam.
Aku dan wife bersama Ezu Mizu.
Bersama runner-runner otai. Sumber gambar: ActionPix
Selfie bersama Mohd Azmi a.k.a Gme dan Mac a.k.a RunningDayak.
Bergambar dengan Kak Ngah a.k.a LeopardRunner.
Bergambar bersama Bro. Shaifuddin. Memang cekal mengharungi Bukit Lanjan bersama kerusi rodanya. Tabik!!..
Bukan selalu dapat baring di atas lebuhraya NKVE kan?…hihihihihi.. π
Bersama Aizat, Duta Marathon Baker.
Bergambar dengan Halim, Family Running Crew (FRC).
Bergambar dengan Bro. Azam Farid dan Bro. Omar.
Gambar tunjuk kasut semestinya ada…hihihihi.. π
Yeahhhh!!!!!… I ran NKVE. Lupa nak bawa Smart Tag masa ni….hahahahahaha… π
Gagal untuk tamatkan larian dibawah 3 jam tapi alhamdulillah masih berjaya tamatkan larian 21km.
Komen aku mengenai acara UEM Charity Run 2016:
Berdasarkan pengalaman aku, UEM Charity Run 2016 adalah satu acara yang tidak mengecewakan serta boleh dikatakan cukup meriah dan teratur. Buat julung kalinya, Lebuhraya NKVE (New Klang Valley Expressway) telah dibuka kepada orang ramai yang ingin merasai pengalaman berlari di lebuhraya yang sentiasa sesak dengan kenderaan. Yuran penyertaan yang aku rasa cukup berpatutan bagi semua kategori. Water station yang mencukupi dengan air mineral serta isotonik dan peserta tidak perlu risau dengan lalulintas kerana lebuhraya ditutup sepenuhnya.
Kesimpulannya, aku dan wife pasti akan mendaftar lagi sekiranya ada dianjurkan pada tahun depan. Tahniah kepada pihak penganjur kerana telah berjaya menganjurkan satu acara yang meriah. Bukan mudah untuk menutup lebuhraya yang sibuk dengan aliran trafik dan pihak penganjur telah berjaya memastikan acara berjalan dengan lancar dari mula hingga tamat.
