Salam,

Biasanya bila ada pembaca atau geng blogger tinggalkan komen kat blog aku, mesti aku rasa teruja dan tak sabar untuk baca. Yer lah…. Geng-geng alam maya ini lah yang akan menaikkan blog kita pastu kena ler selalu blog walking kat blog-blog geng blogger. Terima kasih aku ucapkan kepada korang yang sudi tinggalkan komen, pertanyaan atau pendapat kat blog aku, memang aku hargai segala komen-komen korang. Dengan cara blog walking jugaklah dapat menambahkan lagi backlink blog kita kan. Tak lupa juga kita dapat kenal satu sama lain walaupun tak pernah bersua muka.

Alhamdulillah!, setakat sekarang ni aku dah jumpa face to face dengan blogger yang selalu berkunjung dan meninggalkan komen yang membina kat blog aku seperti Blogger KhirKhalid.com yang marveles, Blogger tersohor Gerik iaitu Bro Sobri (akusobriyaacob.blogspot.com), Bro D.Shahril Hakime (dkosonglapan.blogspot.com) yang femes di Perak…..ekekekeke…. serta ramai juga yang selalu meninggalkan di blog aku yang masih belum dapat bersua muka…terima kasih aku ucapkan… korang mmg best….

Tapi ada juga yang meninggalkan iklan atau promosi di ruangan komen blog aku…. ermmm… wajarkah? patutkah?.. blogger-blogger cengitu buat begini?.. bukan aku sombong yer… takde ler terniat cam gitu sekali tapi tolong ler berpikir secara rasional apabila nak meninggalkan komen di blog orang lain. Dah banyak jugak komen-komen sebegini yang aku dah hide daripada blog aku dan ada gak yang aku terus delete jer. Komen begini aku rasa dah adik-beradik atau sepupu sepapat dengan SPAM. Setiap blogger mesti ANTI ngan SPAM kan?…. ekekekekeke… aku tau ler sebab aku pun pernah gak hari-hari delete SPAM jer dulu….ekekekekekeke…

komen-dan-iklan-menyampah-shamphotographyCer baca komen MrsZuel ni, mmg langsung takde kena mengena ngan entri yang dibaca… aku ngan wife pun agen produk kesihatan jugak tapi takde ler promosi camni sekali….

Nak iklan atau promosi tu boleh tapi seharusnya berkenalan lah dulu atau tinggalkan komen-komen berkaitan dengan entri yang dibaca. Jangan ler tertiba terus tinggalkan komen berbaur SPAM untuk iklan atau promosi produk atau blog korang. Korang mesti ler hormati orang lain sebelum orang lain hormati korang kan…. Begitu ler…. Masuk rumah orang pun bagi salam kan…ni jangan ler tertiba main redah jer…. Aku bukan marah yer cuma bagi pendapat jer…. Cuba ko tengok muka aku 🙂 takde marah-marah kan…senyum jer kan… hihihihihihi…

Dan aku tak pernah SPAM kan blog orang lain…hihihihi.. betul oooo… tak tipu.. 😀

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

10 thoughts on “Wajarkah Promosi Blog Anda Begini

  1. itu gayanya spam.. satu lg yg suka komen yg x kena mengena dengan entry..byangkan bang kita baca entry diorg dan cuba la bg komen yg kena mengena.. bila komen blas balik.. hampes.. tapi saya x heran la sangat…memng selalu dpt komen mcm tu..ha..ha….pyah nak jumpa yg betul komen baca entry kita.. boleh knal komen yg diberikan baca or tak based on komen yg ditulis.. wah mcm luahan perasaan plak aq.. ha..ha.. bang blogger torsohor? siaplah kita.. popular pun x.. ha..ha..:)

    1. Gitu ler gayanya…. kadang2 tak nampak cam spam tp spam sebenarnya….. semua nak senang buat duit jer…ahahahahaha…. apa pulak hang lagi blogger tersohor kawasan Gerik…ekekeke..skrg ni dah jd artis youtube kan…ekekekekeke.. 😀

  2. Komen mcm ni mmg tak syok langsung… aku berpendapat org mcm ni mmg tak reti menghormati sensitiviti blogger lain… perasan best. Cuba klu dia yg dpt komen2 dari blogger lain yg mcm tu.. rasanya dia suka kot… mmg boring komen mcm tu…

    1. Betul tu bro Khir… blogger camni mmg tak reti nak hormat blogger yg lain… banyak gak dpt camni tp biasanya terus masuk spam tp yg ni tertiba terlepas pulak… dorang nak kena tau etika seorang blogger….. hormat org lain dan anda akan dihormati… simple jer tp drg ni x paham kot…

  3. baru nak promote iklan… kekekek…… awok pun cuko ptak gemo kalo dapat komen yang sebenonye nak iklan kan produk dia… tak salah.. tapi cari le tempat lain…. bukan apa…sia2 je entri yang kita tulis ato buat tu… tapi yang datang tak baca ….. penat ooooo… ingat menaip ni tak penat ke???

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.