Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sebenarnya dah lama nak buat entri pasal program amal Walk 4 Humanity ni. Ok!…jom aku cerita al-kisah program ni… Program Amal Walk For Humanity ni adalahΒ anjuran usahasama Rose2Rose dan juga AQSA Syarif Berhad dalam misi untuk mengutip derma bagi disalurkan kepada negara Palestin, Syria dan Rohingya. Memang dah lama tak gi senaman sambil menderma ni, tertiba wife aku tag dalam facebook pasal event ni…aku pun ok jer. Sebenarnya ini event fun walk pertama kitaorg untuk tahun ini, tahun lepas banyak ler jugak kitaorg join tapi tahun susah nak cari masa untuk event begini sebab asik gi event outdoor lain jer.
Program ni telah berlangsung pada 16 April 2014 di Padang Merbuk, Kuala Lumpur. Fun Walk ni adalah sejauh 5 KM jer danΒ kitaorg berjaya sempurnakan selama 1 jam 5 saat (ditambah dengan berhenti mengambil gambar). Bukan semata-mata nak kejar masa yer tapi hanya untuk senaman dan membakar kalori ok….hihihihi.. maklum ler wife aku cakap dier dah gemuk…ahahahaha.. aku sentiasa cakap “takde gemuklah”….. korang tengok wife aku tu gemuk atau tidak?… tak kan!. Seawal 6.30 pagi kitaorg dah keluar dari rumah menuju ke lokasi event ni, takde masalah nak cari sebab kitaorg dah biasa ada event kat padang merbuk ni. Ramai jugak yang datang menyokong program amal ni.. Alhamdulillah!.. rakyat Malaysia amat prihatin.
Jom layan gambar….
Kitaorg senaman sambil berjoget-joget untuk acara panaskan badan.. tak pernah aku berjoget-joget di pagi hari…ekekekekeke..
Rilek…rilek.. jalan santai-santai jer.. nama pun Fun Walk kan!…
Jom selfie..
Kat bulatan Bank Negara….
Dah jalan sejauh 4 KM…jom lagi 1KM jer… apa ada hal!!!
Ramai jugak yang bawak anak-anak dan warga veteran pon ada tau, respek betul kat pakcik dan makcik tu. Korang yang muda-muda tu tak rasa malu ker kalau makcik pakcik pon boleh join event ni….ekekekekeke… Program tamat sekitar 11 pagi dan diakhiri dengan acara cabutan bertuah dan seperti biasalah kan, kitaorg memang susah nak menang cabutan bertuah ni…ekekekekeke.. mungkin satu hari nanti kitaorg akan menang hadiah sebuah kereta kot so hadiah yang kecik-kecik tu biar ler dapat kat orang lain jer dulu…ahahahahaha.. π
Selfie di garisan penamat sambil minum Performance Drink Shaklee yang disponser…..
Pesanan untuk Zionis..
Habis program kitaorg terus balik rumah sebab badan letih giler pastu esok nak gi kerja pulak, dah ler sebelum tu kitaorg gi layan ATV…ekekekeke…kan best kalau ada bisnes sendiri..leh masuk opis lewat sikit atau berkerja di rumah jer… tunggu! nanti aku dan wife akan usahakan untuk berkerja di rumah. Be your own boss!…
Fussss…. siap jugak entri pendek aku pasal program ni, memang dah lama nak menulis pasal program ni tapi kadang-kadang masa nak menulis tu jari jemari ni tak mau menari-nari di papan kekunci. π
Last week aku ngan wife giΒ caving kat Gua Tempurung pastu White Water Rafting kat Sungai Kampar…… nanti aku cerita ok!… tunggguuuuuuu………..

Alhamdulillah.. terbaik. Riadah menyihatkan badan & minda. Menderma melapangkan hati & jiwa.. aktiviti yg menarik malah satu kegiatan yg mulia. Perkongsian yg menyeronokkan dgn gmbr2 yg cantik2.. π
TQ Bro, tu la sambil senaman sambil menderma… dapat jugak membakar kalori yg lebih2 ni …ahahahahahaha… tak sempat2 nak blogwalking blog kekawan tp ari tu ada baca kisah seorang racer yg race ngan kete charade kat johor tp tak sempat nak komen lagi…ekekekekekeke… π
ahaha..bila cheq Eem cakap dia gemuk, ..nampak sangat macam kerisauan melanda diri.. ; kalau gemuk sekali pun takpa; abag eshamz tetap sayang ! …tapi masalah pulak nak ikut pi hiking selalu..tak larat bawak badan π
ekekekekekeeke…. kalau badan dah berat pastu nak gi hiking…seksa ooooo…ekekekeke… Dia yg rasa gemuk tp aku rasa tak pun…ekekekekeke… π
gemuk?? kalo camtu gemuk.. camne le orang2 yang betoi gemuk kan??? …
bagoih aktiviti macam ni…sambil kita berriadah…sambil kita beramal….
kaki awok udah gatal nak join aktiviti2 berjalan/maraton/berlumba lagi ni…
last sekali yang akt Gunung Bukang Melaka…mcam mike jugakk.. lebih bergambo yang sebenonye…. ahakss……
ahahahahaha… gemuk tu takde pon…cuma perasaan dier jer…maklum ler org pompuan mmg begitu kan…ekekekeke… ala lagi yeop gi ler cari mana2 marathon… pastu kiter selfie beramai-ramai…ekekekekeke… π
tahniah kerana berjaya sertai program kemasyaratan
bukan semua mampu join.. hehehe
TQ bro…. hihihihi… sesiapa jer boleh join aktiviti camni bro jikalau ada kelapangan masa… dapat jugak senaman.. ye tak?…ekekekeke… π