white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopeng

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Antara aktiviti lasak yang telah sekian lama tersenarai dalam bucketlist aku adalah Waterfall Abseiling. Alhamdulillah, akhirnya aku dan wife berjaya juga melakukan aktiviti Waterfall Abseiling dan juga White Water Rafting yang telah dianjurkan oleh OutdoorGateway dengan kerjasama Radak Adventure di Gopeng, Perak pada 16-17 Mei 2015. Walaupun ini kali keempat aku dan wife sertai aktiviti White Water Rafting tetapi ini juga merupakan pengalaman pertama bagi aktiviti Waterfall Abseiling. Gabungan 2 aktiviti kali ini memerlukan kitaorg bermalam dan berkhemah di Kem Radak Adventure.

Seawal pukul 7 pagi, aku dan wife telah menyusuri Lebuhraya Utara Selatan menuju ke Gopeng untuk berkumpul dengan peserta yang lain sebelum bergerak ke Kem Radak Adventure. Tiba di Kem Radak Adventure lebih kurang pukul 12 tengahari dan berehat terlebih dahulu sambil menikmati hidangan makan tengahari sebelum memulakan aktiviti pertama iaitu waterfall abseiling. Tapi apakah itu waterfall abseiling?… Jom aku bagi sedikit percerahan, sebenarnya waterfall abseiling ini adalah satu aktiviti menuruni cerun air terjun dengan menggunakan peralatan tali. Lokasi bagi aktiviti waterfall abseiling di sekitar Gopeng adalah di Air Terjun Ulu Geruntum iaitu lebih kurang 20-30 minit daripada Kem Radak Adventure. Kalau berdasarkan maklumat yang aku dapat, Air Terjun Ulu Geruntum ini setinggi 15 meter dan merupakan salah satu air terjun yang dikatakan sesuai bagi yang baru pertama kali melakukan aktiviti waterfall abseiling.

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengJom makan dulu sebelum mula aktiviti…

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengTempat tidur kitaorg..

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengSeronoknya deme-deme ni dapat naik lori…hihihihi.. 😀

Bagi yang pertama kali melakukan aktiviti lasak seperti white water rafting atau waterfall abseiling di Gopeng ni, pasti tidak akan lengkap tanpa merasai sendiri pengalaman menaiki lori….hihihihihi… 😀 Aku dah banyak kali naik lori kat sini, memang best dan boleh dikatakan agak ekstrem sebab lori akan melalui jalan yang sempit di lereng-lereng bukit. Segala pengangkutan ke lokasi aktiviti akan menggunakan perkhidmatan lori dan terpaksalah berdiri atau duduk beramai-ramai di atas lori…hihihihihi.. 😀

Setibanya di Air Terjun Ulu Geruntum, kesemua peserta telah diberi taklimat keselamatan serta juga diajar cara dan teknik abseiling menggunakan tali oleh Brader Bito yang merupakan abseiling guide kitaorg bagi aktiviti ini.

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengBrader Bito sedang melakukan demotrasi abseiling.

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengSemua betul-betul fokus nampaknya… Eh!..  iye ker?…hihihihi..

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengPeserta pertama yang melakukan abseiling..

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengLepak berendam dulu sementara Brader Bito memasang peralatan tali.

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengLet’s rockkkkk!!!!!…

Bila semua peserta sudah yakin dan bersedia, barulah dilepaskan satu persatu untuk menuruni air terjun menggunakan tali. Perasaan takut tu mestilah ada kan! tapi rasanya masing-masing sedaya upaya berselindung disebalik senyuman….hahahahahaha… 😀 .Macam-macam gaya yang ditunjukkan oleh para peserta, ada yang ketawa, ada yang selamba, ada yang serius, ada yang tergelincir dan ada yang menjerit dari atas sampailah ke bawah…hahahahaha.. 😀 Siapakah itu?…. hihihihihi.. 😀

Jom layan gambar dulu……

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengMenjadi penonton dulu sementara menunggu giliran masing-masing…

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengAmacam?… Steady tak?…hihihihihi.. 😀

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengWife abseiling sambil pakai spek knockaround dia…

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengAir Terjun Ulu Geruntum.

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengDari atas: Faiz (Founder OutdoorGateway), Panjang dan Nea.

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengDari atas: Wan Paskau, Awie dan Zack Tiger.

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengDari atas: Momot, Zakiah dan Ally.

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengDari atas: Maria, Alice dan Dayah.

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengDari atas: Yaya, Ayang Ati dan Qila.

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengDari atas: Aini, Izwan dan Ejad.

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengYeayyy!! Selfie..

Alhamdulillah, semua peserta berjaya melakukan cabaran waterfall abseiling tanpa sebarang insiden yang tidak diingini walaupun ramai yang tergelincir termasuklah aku…hihihihihi.. 😀 lebam di lutut masih terasa lagi sampai sekarang. Terima kasih juga aku ucapkan kepada Brader Bito serta pembantunya yang sentiasa tersenyum melayan karenah kitaorg dan menjaga keselamatan para peserta sepanjang aktiviti berlangsung.

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengGroup photo di Air Terjun Ulu Geruntum.

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengGroup photo lagi…

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengGroup photo bersama guide..

Selesai aktiviti abseiling lebih kurang pukul 4 petang dan terus kembali semula ke Kem Radak Adventure. Malam tu hanyalah aktiviti bebas dan ada kejutan sikit khas buat geng-geng yang sambut hari lahir pada bulan Mei. Happy Birthday kepada Ejad, Awie dan Zack Tiger dan terima kasih juga kepada Team Radak Adventure yang telah menyediakan hidangan BBQ khas buat kitaorg. Bila perut dah kenyang, cuma lepak berborak sepanjang malam dengan bermain UNO sambil mendengar Awie dan Zack Tiger bermain gitar sampai ler mata mengantuk.

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengMasing-masing sedang menikmati hidangan makan malam…

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengEhem!…Ehem!…bini pertama, kedua, ketiga dan yang bongsu.. Eh!!!… 😀

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengNi diaaa… birthday boys… Ejad, Awie dan Zack Tiger.. abaikan mamat yang dibelakang tu…hihihihi.. 😀

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengKek untuk birthday boys..

Keesokkan paginya, masing-masing dah tak sabar untuk aktiviti kedua iaitu White Water Rafting. Selesai jer sarapan pagi, kesemua peserta dibawa ke lokasi permulaan rafting di Kuala Razila kira-kira 30 minit daripada Kem Radak Adventure. Biar pun ini kali keempat aku dan wife sertai aktiviti rafting tapi dalam hati tetap ada perasaan gemuruh, risau dan takut. Setiap kali rafting mesti akan memberi pengalaman yang berbeza mengikut keadaan dan arus sungai. Walau apa pun, jangan sesekali abaikan aspek keselamatan dan cuba kawal perasaan panik bila raftboat terbalik….hihihihihihi…tapi itu yang paling seronoknya pun…. 😀

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengAku dengan Zakiah tengah cari apa ni ek??….

Rasanya bagi aktiviti white water rafting ni, tak perlulah aku ceritakan secara terperinci. Bolehlah baca pengalaman rafting aku di entri-entri sebelum ini. Klik jer url di bawah ni haaaaa…..

1. Eksplorasi Gua Tempurung dan White Water Rafting
2. Moh Ke Perak: White Water Rafting Di Sg Kampar, Gopeng #VMY2014
3. Moh Ke Perak: White Water Rafting Di Slim River #VMY2014

Seperti biasa sebelum mula rafting, para peserta akan diajar mengenai arahan asas seperti Forward, Backward, Jump Jump dan Bum Bum serta dikehendaki menjalani sesi water confident terlebih dahulu bagi membiasakan diri dan mengurangkan perasaan panik sekiranya tercampak dari bot atau pun bot terbalik. Masa ni yang paling seronok sebab boleh tengok muka gemuruh dan gelagat masing-masing….hahahahaha.. 😀

Jom layan gambar jer lah…. 😀

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengMasing-masing tengah semangat ni… di Kuala Razila

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengBrader Pa Lee sedang beri taklimat keselamatan sebelum mula rafting…

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengGroupfie dengan GoPro Wan pulak…

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengForward!!!… Forward!!…

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengSeronok oooooo……..sampai terjelir lidah aku…hahahahaha… 😀

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengSempat lagi posing sebelum layan rapid…

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengBerhenti rehat kejap….

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengYeayyyy!!!!…

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengGroup photo dengan guide-guide Radak Adventure…

Rasanya mesti ramai yang dah kenyang minum air sungai kan?…hihihihi.. 😀 Selesai jer rafting, semua dah bersiap untuk pulang ke rumah masing-masing tapi sebelum tu ada upacara pemberian sijil kepada semua peserta dan juga penyampaian hadiah bagi team yang paling havoc masa rafting.

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengTeam yang menang raft paling havoc…. Tahniah!!…

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengDapat sijil daripada Radak Adventure…

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengAku, Brader Hasrol @ Ryoq (Pemilik Radak Adventure), Faiz (OutdoorGateway) dan Brader Cham

Terima kasih kepada OutdoorGateway di atas penganjuran aktiviti ini dan juga kepada Radak Adventure kerana telah memberi pengalaman yang cukup bermakna. Tidak lupa juga kepada staf-staf Radak Adventure yang telah banyak membantu dan menjaga makan dan minum kitaorg sepanjang aktiviti. Semoga kita akan berjumpa lagi di trip yang akan datang…. 😀 Kepada sesiapa yang ingin melakukan aktiviti ini secara berkumpulan, bolehlah hubungi Faiz (OutdoorGateway) dan dia akan uruskan bersama Radak Adventure.

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopengSekiranya ingin mencuba aktiviti ekstrem ini secara berkumpulan, jangan segan silu untuk hubungi OutdoorGateway.

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

11 thoughts on “Waterfall Abseiling Dan White Water Rafting, Gopeng Perak

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.